
Ramai yang maklum pentingnya membuat pemeriksaan ataupun saringan kesihatan. Saringan kesihatan penting dalam membantu mengesan faktor-faktor risiko dan penyakit pada peringkat awal, serta membolehkan intervensi awal untuk mencegah komplikasi penyakit yang serius. Ia merupakan langkah penting dalam pencegahan penyakit, menyokong gaya hidup sihat dan mengurangkan beban penyakit dalam masyarakat.