
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bertindak merapatkan jurang digital di kalangan rakyat Malaysia melalui pendedahan teknologi IT dan pemberian perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar bagi membolehkan seluruh komuniti mengakses atau melayari internet dengan kelajuan tinggi, dalam usaha mendapatkan maklumat setempat mahupun global selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Malaysia sebagai negara yang berdaya saing meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, serta melahirkan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan.
NADI adalah satu pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Dengan adanya NADI ini diharapkan komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era teknologi ICT. Projek NADI ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta TM Berhad.
Di NADI Kg Anak Musang disediakan pelbagai perkhidmatan seperti internet, fotostat, printing, laminating, binding, scanning, typing, dan lain-lain. Selain itu, bagi yang telah mendaftar sebagai ahli NADI, mereka akan mendapat kelebihan seperti kelas asas komputer, internet, dan lain-lain kelas berkaitan IT secara percuma.
NADI diuruskan oleh dua orang petugas :
1. Pengurus – ROSNANI BINTI MOHD NOOR
2. Penolong Pengurus – NOOREMI BINTI KHAZANI
PETUGAS PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KG ANAK MUSANG
Mengenai Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan
Prinsip Pelaksanaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
- Kerjasama dengan Kerajaan NegeriRekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
- Menyediakan premis yang sesuai
- Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
- Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak

Pages: 1 2
